Saifuddin masih tunggu jawapan Zuraida


MENTERI perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih menunggu respons daripada Zuraida Kamarudin berkenaan surat tuntutan saman yang dihantarnya.

Jelasnya, Disamping menungg jawapan dari Zuraida, beliau menyerahkan kepada pihak peguam bagi menjalankan proses perundangan selanjutnya terhadap Ahli Parlimen Ampang itu.

“Saya serahkan kepada peguam dan kami masih menunggu respons Zuraida, kemudian kami akan mengikuti proses (undang-undang) sewajarnya," jelasnya ketika mengulas perkembangan kes samannya terhadap Zuraida.

Sebelum ini Saifuddin menghantar surat saman kepada Zuraida susulan dua kenyataan dibuat menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu terhadapnya.

Dua kenyataan itu yang mendakwa Saifuddin menerima jutaan ringgit daripada kerajaan Kelantan serta Tabung Tok Kenali disifatkan Saifuddin sebagai fitnah.

Menurut Saifuddin, beliau dilantik sebagai pengurus Tabung Tok Kenali pada 2004 hingga 2007 oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tabung Tok Kenali ialah agensi kerajaan negeri yang mengendalikan program bantuan dan khairat kematian untuk semua penduduk Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditanyakan pengumuman Zuraida yang mahu bercuti daripada jawatannya sebagai naib presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin berkata, tiada halangan sekiranya mana-mana anggota parti itu mahu bercuti. 

“Ya boleh (Zuraida untuk bercuti) tiada masalah dan dia (Zuraida) tulis kepada presiden, presiden bentang kepada Biro Politik dan mereka juga setuju dengan surat beliau yang menyatakan nak bercuti,” katanya.

Zuraida kini sedang disiasat Lembaga Disiplin parti itu susulan beberapa kenyataan dibuatnya yang dilihat mengkritik pucuk pimpinan parti secara terbuka.

Post a comment

0 Comments