Sajat mahu jumpa Jakim, selesai isu identiti


MUHAMMAD Sajjad Kamaruzzaman, usahawan kosmetik yang mencetus kontroversi  ketika mengerjakan umrah baru-baru ini bersedia bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pertemuan itu bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi.

Menurut Muhammad Sajad atau lebih dikenali sebagai Nursajat,  beliau mahu diberi panduan yang jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu terutama jantina dirinya, kali ini.

“Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya.

Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah, ia bukan sahaja dikritik warganet, malah membankitkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sajat mendakwa, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi.

Malah berharap isu identitinya sebenar dirinya diselesaikan sekarang selagi ibu bapanya masih hidup.

“Ibu bapa Sajat boleh mengesahkan siapa saya...,” katanya.

Terdahulu, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memberi bayangan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Muhammad Sajjad.

Ia susulan tindakan lelaki itu bertelekung semasa menjalani ibadah umrah baru-baru ini sehingga dikritik warganet.

Dr Mujahid dalam satu kenyataan lain sebelum ini menegaskan bahawa Muhammad Sajad, 35 merupakan seorang lelaki dari segi biologi.

"Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya," katanya dipetik laporan Sinar.

Post a comment

0 Comments