Sajat mungkin dikenakan tindakan undang-undang


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memberi bayangan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Ia susulan tindakan lelaki itu bertelekung semasa menjalani ibadah umrah baru-baru ini sehingga dikritik warganet.

Menurut Mujahid, pihaknya akan meneliti semua maklumat sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil.

Ia tegasnya akan mengambil kira kerisauan dilontarkan masyarakat.

"Ada sesetengah orang kita tegur, tetapi dia buat-buat kasihan, selepas itu mengulang balik perbuatan itu.

"Semua peluang atau pilihan yang ada (sama ada nasihat atau tindakan undang-undang) kita akan ambil.

“Kita nak jaga keseluruhan kepentingan masyarakat dan nak ikut syariat Islam yang betul. Dia kena kembali (kepada ajaran Islam), jangan betulkan atau minta maaf semata-mata nak selamatkan diri,” katanya dipetik satu laporan.

Mujahid sebelumnya bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Muhibah sempena Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Kuala Lumpur.

Sajat mohon maaf


Mohammad Sajjd baru-baru ini memohon maaaf atas tindakan keterlaluannya itu.

Permohonan maaf itu dibuat olehnya ketika sedang makan bersama sahabatnya Aliff Syukri yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Sajat yang 'memakai tudung hitam' berkata, dia dulu memang kurang pengetahuan agama dan sebab itu dia pergi ke sana (Makkah) untuk mendalami ilmu agama.
 
Menurutnya, dia mahu belajar mendekatkan diri dengan Allah SWT dan Islam kerana sudah banyak mencari harta duniawi serta inginkan akhirat pula.

Sebagai rekod, Islam melarang lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya. Rasulullah S.A.W  melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.;

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Post a comment

0 Comments