Selamat tinggal Abam Bocey


PELAWAK popular Abam Bocey,dilapor meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.

Difahamkan, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan disedari tidak bernafas ketika isterinya. Nor Hidayah mengejutkannya pagi tadi untuk solat subuh.

Berita mengejutkan tersebut turut disahkan adiknya, Ali.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya dipetik.

Sementara itu, Hidayah memberitahu Allahyarhamsebelum ini mengadu demam dan kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.


Sementara itu, satu muatnaik dikongsiki di facebook oleh pihak Masjid Gombak Utara memaklumkan, jenazah bakal disolatkan dan disemadikan selepas solat asar hari ini.

Post a comment

0 Comments