Selepas koronavirus, China mungkin berdepan krisis baru


SELEPAS diserang wabak koronavirus, China kini berdepan krisis bekalan makanan pula.

Kawasan selatan China dibimbangi mungkin mengalami nasib seperti Afrika apabila diserang kumpulan belalang juta.

Menurut penyelidik Institut Perlindungan Tumbuhan Akademi Sains Pertanian China, Zhang Zehua, serangan belalang itu berkemungkinan besar menjejaskan wilayah Yunnan dan Sichuan, serta wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

“Tidak mungkin belalang gurun ini akan terus berhijrah ke kawasan pedalaman China.

“Bagaimanapun, jika serangan belalang ini berterusan, ada kemungkinan ia memasuki China pada Jun atau Julai dengan peningkatan ketara,” katanya dipetik laporan media antarabangsa.

Tambah beliau, wilayah autonomi Tibet serta sempadan negara Pakistan, India dan Nepal merupakan kawasan pembiakan belalang juta.

Namun ketika ini, Zehua percaya belalang juta bukan ancaman kepada pengeluaran pertanian di China kerana negara itu mempunyai sistem pencegahan.

Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), belalang juta adalah antara makhluk perosak migrasi yang paling berbahaya di dunia.

Zehua memberi amaran, belalang juta mungkin menimbulkan ancaman kepada keselamatan makanan China jika spesies itu tidak dikawal dengan baik dan menetap di pedalaman China untuk pembiakan.

"Sistem pencegahan dan rawatan belalang semasa kami mampu mengawal kemungkinan pencerobohan ke China.

“Bagaimanapun, sebagai pemantauan semasa, peralatan aplikasi farmaseutikal dan racun perosak yang mencukupi serta kakitangan terlatih selain penyelarasan merentas rantau oleh kerajaan pusat perlu diselaras," katanya.

Post a comment

0 Comments