Setiausaha akhbar timbalan menteri meninggal dunia


SETIAUSAHA akhbar kepada Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya, Tajuddin Mohd Kassim meninggal selepas mengalami pendarahan di bahagian otak ekoran darah tinggi.

Tajuddin, bekas wartawan berusia 46 itu tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.02 petang di Hospital Bukit Mertajam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia 15 tahun.

Beliau pernah bertugas di New Straits Times dan The Sun sebelum menyertai Rapid Penang.

Selain setiausaha akhbar kepada Marzuki, beliau juga memegang jawatan bendahari Bersatu Bukit Mertajam.

Marzuki yang melawatnya di Hospital Bukit Mertajam hari ini menyifatkan Tajuddin, atau lebih dikenali sebagai Teejay, sebagai seorang yang berdedikasi dalam kerja dan perjuangan parti.

"Dia seorang yang jujur, saya benar-benar kehilangan seorang kawan dan pekerja yang baik," katanya dipetik Malaysiakini.

Pada 12 Februari, kalangan media dikejutkan dengan berita beliau dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di sebuah restoran Nasi Kandar di Bukit Mertajam.

Allahyarham berada dalam koma sehingga kematiannya, akan dikenang sebagai rakan dan rakan sekerja yang baik, mesra dan senang memberi bantuan, dan dikenali pemurah dengan senyuman.

Sebagai setiausaha akhbar, beliau kekal mesra dan mudah didekati pemberita.

Post a comment

0 Comments