Sumpah, Naim Daniel dinobat juara AJL34


LAGU Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K yang dinyanyikan sendiri Naim dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) malam tadi.

Naim membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Manakala Lagu Bangun dendangan Aman Ra yang dicipta penyanyi itu bersama Navigator dipilih sebagai Naib Juara,

Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000

Tempat ketiga milik lagu Anta Permana ciptaan Hael Huaini dan Ezra Kong yang disampaikan Bob Yusof.

Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Sementara itu, Hafiz Suip merangkul dua trofi pada persembahan malam tadi.

Penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu sama

Hafiz membawa pulang  hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi setiap satu ketegori dimenanginya.

AJL34 yang disiar secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur itu dihoskan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM.

Persembahan pembuka tirai AJL34 membariskan pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Persembahan interlude AJL 34 pula menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

Post a comment

0 Comments