Suspek bunuh dakwa boleh bercakap dengan tuhan


SEORANG Buruh ladang maut manakala isteri mangsa cedera akibat ditetak seorang kenalannya.

Dalam kejadian di ladang sawit Kampung Beril Paka, semalam, Mohd Zukanain Abd Aziz yang berusia 39 tahun maut akibat ditetak di lehernya, manakala Rosnah Muhamed, 34, cedera di bahagian tangan kanan ketika menahan tetakan parang suspek warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, suami isteri itu bersama lima anaknya berkunjung ke rumah suspek kira-kira 8 malam tadi.

“Mangsa mengenali suspek sejak empat tahun lalu dan mangsa bekerja di ladang bersebelahan dengan suspek. Mereka sekeluarga sempat makan malam di rumah suspek dan bercadang untuk tidur di rumah suspek,” katanya.

Baharudin berkata, pada 2.45 pagi, isteri mangsa mendapati suaminya dan suspek masih belum tidur.

“Suspek ketika itu memegang parang sambil menebas belukar di sekitar kawasan rumahnya sebelum tiba-tiba menghampiri mangsa.

“Melihat suspek berkelakuan ganjil=, mangsa kemudiannya mengambil parang di dalam keretanya dan bertanya masalah yang dihadapi suspek namun suspek mendakwa tiada sebarang masalah, “katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya merapati suspek dan merampas parang ditangan suspek sebelum berlaku pergelutan.

“Suspek merampas parang di tangan mangsa dan terus menetak mangsa sebelum meluru dan menetak isteri mangsa pula. Isteri mangsa sempat menahan tetakan suspek sebelum suspek melarikan diri,” katanya dipetik.

Sorok belakang rumah kongsi

Susulan itu isteri mangsa meminta bantuan di tapak pos pengawal projek pembinaan keretapi di situ.

“Pengawal terbabit kemudiannya mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka dan mangsa disahkan meninggal ketika dalam perjalanan,“ katanya lagi.

Suspek yang berusia 29 tahun itu berjaya diberkas polis ketika bersembunyi di belakang rumah kongsi, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Dungun, pagi esok bagi siasatan lanjut.

Rosnah dalam satu laporan FMT mendakwa, suspek sebelum itu bercerita kepada suaminya yang dia boleh bercakap dengan tuhan, boleh nampak dajal, dan macam-macam lagi benda ghaib.

Post a comment

0 Comments