Thailand dakwa berjaya rawat koronavirus


SEKUMPULAN doktor di Hospital Rajavithi di Bangkok mendakwa telah berjaya merawat kes jangkitan novel koronavirus yang teruk.

Memetik laporan Reuters, mereka mendakwa keputusan awal menunjukkan keadaan yang pesakit dirawat jauh bertambah baik selepas 48 jam  setelah diberikombinasi ubat untuk selsema dan HIV.

Tambah laporan itu, pihak berkenaan turut mendakwa perubahan positif itu dilihat pada beberapa pesakit di bawah jagaan mereka, termasuk perempuan berusia 70 tahun dari Wuhan yang didapati positif koronavirus selama sepuluh hari.

"Ini bukan penawar, tetapi keadaan pesakit jauh bertambah baik. Daripada disahkan positif selama 10 hari di bawah jagaan kami, selepas menggunakan kombinasi ubat ini keputusan ujian menjadi negatif selepas 48 jam," kata pakar paru-paru Hospital Rajavithi, Dr Kriangsa Atipornwanich.

Rawatan termasuk campuran ubat anti-HIV lopinavir dan ritonavir, dengan kombinasi ubat selsema, oseltamivir dalam dos yang besar.

Seorang lagi doktor berkata, pendekatan serupa kepada dua lagi pesakit mendapati salah seorang menunjukkan reaksi alergi, tetapi seorang lagi menunjukkan kemajuan.

"Kami mengikut amalan antarabangsa tetapi doktor menambah dos salah satu ubat," kata ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan Somsak Akkslim, merujuk kepada ubat selsema oseltamivir.

Rauters turut melaporkan, Lapan daripadanya 19 pesakit disahkan dijangkiti koronovirus telah sembuh dan pulang ke rumah manakala sebelas lagi masih dirawat di hospital.

Somsak berkata, kementerian kesihatan akan mengadakan mesyuarat pada Isnin untuk membincangkan kejayaan rawatan terhadap perempuan berusia 70 tahun itu, tetapi berkata masih terlalu awal untuk mengatakan pendekatan itu boleh digunakan dalam semua kes.

"Pada tahap awal kita hanya akan menggunakan pendekatan ini kepada kes-kes yang teruk," katanya.

Post a comment

0 Comments