Tiga maut, seratus cedera dalam insiden pesawat di Turki


TIGA
maut manakala lebih 100 yang lain tercedera dalam insiden pesawat tergelincir di

Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul, Turki terpaksa ditutup pada Rabu selepas sebuah pesawat tergelincir ketika sedang membuat pendaratan.

Dalam kejadian membabitkan syarikat penerbangan tambang murah Pegasus Airlines itu, tiga dilaporkan maut dan lebih 100 yang lain cedera.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dilapor membawa 183 penumpang serta anak kapal.

Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, kapal terbang tersebut pecah kepada tiga bahagian berikutan pendaratan secara ‘kasar’.

Penumpang  yang panik jelasnya terpaksa bertindak menyelamatkan diri menerusi badan pesawat yang pecah.

BACA:
Jawa dilanda gempa, bergegar hingga Denpasar

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu gagal menyempurnakan pendaratan dan tergelincir kira-kira 50 meter dari landasan.

Yerlikaya berkata, pihaknya sangat sedih dengan kejadian yang tidak tersangka itu.

“Kami amat sedih... (Tetapi) kami sangat bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih besar berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa pesawat itu berkemungkinan meletup dan terbakar.

Pegasus Airlines sementara itu mengesahkan kejadian terbabit namun pihaknya enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, susulan kemalangan itu, semua penerbangan dipindahkan ke lapangan terbang utama Istanbul.

Post a comment

0 Comments