Tun M langkau kuasa Agong - Majlis Presiden


TINDAKAN Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan tarikh bagi persidangan khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini yang dakwanya untuk menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu dikritik.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan malam tadi meningatkan dan menggesa semua pihak menghormati budi bicara dan wewenang (hak dan kuasa) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan konflik politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Majlis Presiden berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Mereka malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar susulan tindakan Dr Mahathir itu di sebuah hitol di Kuala Lumpur.

Majlis itu dengan tegas berpendirian, tindakan dilakukan Dr Mahathir semalam sebagai mendahului titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Dr Mahathir berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.


Sebagai rekod, Majlis Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu negara pada pagi ini.   Pihak Istana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan susulan pertemuan diadakan bersama semua Ahli Parlimen sebelum ini.

Post a comment

0 Comments