Tun M yang tinggalkan HARAPAN - Anwar


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan mengapa Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak lagi akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Menjawab persoalan umum yang kononnya bekas Perdana Menteri gabungan itu disisihkan berkata, isu tersebut tidak timbul kerana Dr Mahathir yang memutuskan untuk meninggalkan HARAPAN.

"Tidak, perkara itu tidak ditimbulkan. Kami masih HARAPAN, Tun telah keluar HARAPAN," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan.

Beliau berkata demikian ketika selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Hotel Eastin Petaling Jaya sebentar tadi.

Sebelum ini Majlis Presiden HARAPAN menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri, tindakan itu dibuat setelah Dr Mahathir yang dijemput menghadiri mesyuarat tergempar gabungan itu menolak untuk hadir.

Dr Mahathir yang sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu juga dilapor telah menerima semula jawatan itu setelah dipujuk partinya.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa beliau bertindak meletak jawatan perdana menteri setelah kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin parti itu yang mahu menjalin kerjasama dengan parti Umno.

Tindakan bersatu mengumumkan untuk keluar dari HARAPAN telah menyaksikan gabungan kerajaan itu di Johor runtuh.

Post a comment

0 Comments