Ugut bunuh menteri: NGO buat laporan polis


LIMA individu dilapor kepada pihak polis kerana dipercayai memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof di media sosial.

Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) melalui Presidennya, Razali Zakaria berkata antara individu yang dinamakan dalam laporan polis itu menggunakan nama Muhammad Naim yang memuat naik ayat berbaur ugutan bunuh berbunyi “Mujahid ini patut dibunuh memang manusia terbangsat di dunia”, di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Bercakap sebaik selesai membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi semalam, Razali turut menamakan empat individu lain selain Muhammad Naim dalam laporan itu.

Muat naik individu itu di media sosial
Mereka ialah Mohd Elham, Asfanizam Bin Abdullah, Hanif Junit dan Abu Rafiq.

“Mereka memuat naik status dan komen yang berunsur mengancam keselamatan dan menghasut orang lain bertindak melakukan perbuatan yang sama di laman sosial masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai ugutan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Naazron Abdul Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu.



 

Post a comment

0 Comments