Waktu solat Subuh Pulau Pinang dilewatkan 8 minit


PULAU PINANG memutuskan bahawa Waktu solat Subuh di seluruh negeri itu dilewatkan lapan minit bermula esok.

Jabatan Mufti Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu dan semalam memperakukan bahawa penetapan permulaan waktu Subuh.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perubahan itu dilakukan berikutan penetapan permulaan waktu Subuh yang menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk seperti yang dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Perubahan itu hanya membabitkan waktu solat Subuh manakala waktu solat lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat pada jadual waktu solat Pulau Pinang yang diterbitkan Jabatan Mufti Pulau Pinangsebelum ini.

“Mesyuarat turut memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada setakat sebelum tarikh ketetapan baharu ini dikuat kuasa.

“Jadual waktu Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat naik di laman rasmi Jabatan Mufti Pulau Pinang atau portal e-Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mulai hari ini,” kata kenyataan itu.

Post a comment

0 Comments