Wanita ditemui maut jatuh apartment


SEORANG
wanita  ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartment di Pandan Perdana di sini petang semalam.

Mayat mangsa warga asing itu ditemui oranga wam di kawasan laluan kenderaan di bahagian bawah bangunan itu kira-kira jam 5.33 petang, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff.

"Mangsa ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring.

"Polis menemui selipar dan telefon disyaki milik mangsa di kawasan parkir kenderaan di tingkat tujuh.

Tambah Noor Azmi melalui satu kenyataan, pihanya tidak menjumpai kesan atau unsur jenayah di tempat kejadian.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah consistent with fall from height.

"Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun itu telah berkahwin dengan lelaki warga tempatan dan tidak mempunyai anak.

Post a comment

0 Comments