Warga emas maut dirempuh pemandu tiada lesen


SEORANG lelaki warga emas maut dirempuh sebuah seorang pemandu yang tidak memiliki lesen memandu.

Dalam kejadian di Jalan Lahad Datu - Tungku semalam, mangsa, Mohd Salleh Abd Rajak, 63, yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami pada bahagian kepala dan kaki.

Difahamkan, seorang wanita berusia 32 tahun yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika kejadian mangsa menunggang dari arah Lahad Datu. Tiba di lokasi motosikal mangsa yang sedang membelok disyaki dirempuh sebuah kenderaan dari arah Tungku.

"Hasil siasatan awal, kenderaan itu tidak sempat mengelak dan terus terlanggar motosikal mangsa hingga mengakibatkan penunggang dan pemboncengnya tercampak di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Keadaan motosikal mangsa
Susulan kejadian itu jelas Nasri, pemandu kenderaan tersebut yang tidak memiliki lesen memandu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala pembonceng wanita yang cedera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk dirawat

Post a comment

0 Comments