Warga kuarantin di Natuna 'dibebaskan'


SELEPAS
dua minggu dikuarantin di Pulau Natuna , warga Indonesia yang dibawa keluar dari China susulan penularan wabak koronavirus sebelum ini akhirnya 'dibebaskan'pada Sabtu.

Menurut media tempatan, 238 warga Indonesia yang dikuarantin di kepuluaan itu dibawa keluar tersebut mulai 1.15 tengah hari dengan 3 pesawat tentera.

Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta kira-kira 3.50 petang waktu Indonesia barat.

Daripada jumlah itu, 16 orang berasal dari Jakarta, manakala selebihnya dari 28 wilayah lain di Indonesia dan mereka akan menyambung perjalanan darat atau udara untuk kembali ke kampung halaman masing-masing.

Sepanjang proses kuarantin di pangkalan udara tentera dekat kepulauan Riau itu, kesemua mereka dilaporan sihat.

Pada 2 Feb lalu, Indonesia membawa pulang warganya dari Wuhan dengan pesawat komersial Batik Air yang mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam sebelum diterbangkan dengan 3 pesawat tentera ke Pulau Natuna.

Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto berkata negara itu masih bebas daripada jangkitan koronavirus.

Post a comment

0 Comments