Wartawan dituduh sebar berita palsu koronavirus


SEORANG
wartawan sebuah agensi media terkenal dituduh menjadi dalang menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus di laman sosial.

Memetik laporan Sinar, individu itu yang dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur siang tadi dituduh melakukan tiga pernyataan berasingan berhubung penularan wabak itu melalui laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.

Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, dituduh dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.

Dia didakwa dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kandungan dimuat naik individu tersebut


Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma sebelumnya meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Wartawan itu yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.

Polis sebelum ini membuka lima kertas pertuduhan berhubung penularan berita palsu yang dikaitkan dengan wabak koronavirus.


BACA: Koronavirus: Polis siasat 5 kes sebar berita palsu 

Selain laman Facebook Ibu Yati, pihak polis turut memburu pengendali laman Facebook menggunakan nama Mr Kong Tuck Wah, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original).

Post a comment

0 Comments