Yusof kutip mata dalam acara di Kanada


PELUMBA
Malaysia Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin memenangi pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal-Para Trek Dunia UCI di Milton, Kanada, hari ini.

Memetik laporan Bernama,  Atlet berusia 23 tahun itu mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan 15km scratch lelaki C1.

Mohamad Yusof mengutip 88 mata dibelakang pelumba Rusia Ivan Ermakovan membawa pulang perak dengan 104 mata.

sementara Ricardo Agiles dari Sepanyol menggondol emas acara itu dengan mengumpul 120 mata.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Mohamad Yusof dalam acara lain dan hanya mampu mendapat tempat kesembilan dalam acara kejar-mengejar individu dengan 32 mata dan pelumba China  Li Zhangyu (120 mata) dan Liang Weicong (88 mata) masing-masing menduduki tempat pertama dan ketiga sementara Ricardo di tempat kedua (104 mata).

Pemegang pingat emas Para ASEAN 2017 menduduki tempat kelima dalam acara omnium dan keenam dalam ujian masa 1km.

Post a comment

0 Comments