14 maut setakat ini, jumlah kes melebihi 1,500


JUMLAH
kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Malaysia setakat petang Isnin meningkat kepada 14 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkatahari ini sahaja, empat kes kematian direkodkan pihaknya. Ia satu di Kuala Lumpur dan Johor serta dua di Sarawak.

Menurut Noor Hisham, kematian pertama hari ini membabitkan lelaki berumur 70 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Mangsa yang direkodkan sebagai kes ke-1,070 sebelum ini dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. 

Sementara itu, korban ke-12 merupakan kes ke-1,114, lelaki berusia 70 tahun itu rupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang, Johor.

Di Sarawak, seorang lelaki berumur 49 menjadi korban ke-13. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke-1031.

Satu lagi mangsa juga merupakan kontak rapat seorang pesakit yang sebelum ini disahkan positif wabak tersebut. mangsa seorang wanita tempatan berumur 51 tahun, kontak rapat kluster tabligh.

Mangsa ke-14 itu sebelum ini dirawat di Hospital Miri. 

Dalam masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, 212 kes baharu telah dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.

 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 159 kes.

Post a comment

0 Comments