15 petugas kesihatan positif, jumlah kes kini lebih 1000


SERAMAI
12 petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah disahkan mengidap wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seorang daripada mereka kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selain itu, tambah Noor Hisham, tiga lagi petugas kesihatan dari sektor swasta turut dijangkiti wabak itu.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau.

Sehingga 12 tengah hari tadi, 130 kes baharu positif koronavirus baharu (Covid-19) direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan 1,030 kes dalam negara.

Berdasarkan siasatan awal KKM, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Sehingga kini wabak itu yang melanda Malaysia telah meragut dua nyawa.
 

Post a comment

0 Comments