300 ribu telah dijangkiti, dunia kini resah


DIANGGARKAN
lebih 300,000 orang penduduk dunia telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19), menurut data dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Daripada jumlah itu, 12,944 orang telah menjadi korban dengan Itali mencatatkan korban Covid-19 teramai dalam sehari iaitu 793 pada Sabtu lalu.

Di luar China  jumlah kes disahkan sudah menghampiri angka 150 ribu.

Itali, Sepanyol, Iran, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis antara negara paling teruk terjejas, kesemuanya merekodkan lebih 10,000 kes dan negara-negara ini saja mencatatkan lebih 130,000 jangkitan di luar China.

Ketika ini difahamkan, Itali merupakan negara yang terjejas teruk, sejak dikesan pada 21 januari lalu, Itali mencatatkan 53,578 kes dengan 6,557 kes dikesan pada Sabtu. Angka korban di negara itu telah melebihi 4,000 orang. 

Di Sepanyol, kes jangkitan menghampiri 25,000 pada Sabtu dengan kes kematian mencatatkan angka keseluruhan sebanyak 1,328.

Perancis dan United Kingdom (UK) pula masing-masing mencatatkan 14,459 dan 5,018 kes. Jumlah kematian di kedua negara itu pula adalah seramai 112 dan 233 kes.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam kenyataannya baru-baru ini nyata bimbang sekiranya pasukan hadapan tidak lagi mampu menangani krisis tersebut.

"Kita berada beberapa minggu, dua atau tiga minggu di belakang Itali.

"Mereka (Itali) mempunyai sistem kesihatan yang terbaik tetapi doktor dan jururawat mereka sudah tidak mampu untuk menerima jumlah pesakit yang ramai. Kematian di Itali sudah mencapai ribuan dan ia semakin meningkat.

"Kita perlu bekerjasama dan melakukan usaha secara kolektif memperlahankan penyebaran wabak ini atau kita juga akan mengalami jumlah pesakit yang sangat tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh CNN.

Post a comment

0 Comments