80 anggota kesihatan positif koronavirus - KKM


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 80 petugas kesihatan kini disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian pesakit di kemudahan kesihatan KKM.

Bagaimanapun Noor Hisham mengesa pasukan kesihatan di anggota kesihatan dan barisan hadapan terus mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka terlindung.

"Semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Noor Hisham pada Rabu memaklumkan sebahagian besar anggota kementerian itu dijangkiti dalam majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.

Selain itu tegasnya, punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif COVID-19.
 

Post a comment

0 Comments