Akhbar lapor pesakit Covid-19 bunuh diri


SEORANG pesakit disyaki positif koronavirus (Covid-19) membunuh diri selepas dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Serdang semalam.

Malaysiakini yang memetik China Press mendakwa, insiden itu berlaku kira-kira jam 7 malam di bilik wad 7D.

Laporan itu berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun.

Mangsa difahamkan telah dimasukkan ke wad pada jam 2.30 pagi semalam selepas menunjukkan simptom Covid-19. mangsa difahamkan telah ke bilik air untuk tempoh waktu yang lama sementara menunggu keputusan ujian diketahui.


Jururawat kemudian masuk untuk menyiasat, sebelum mendapati mangsa tergantung dan meninggal dunia.

Laporan yang dipetik itu juga berkata polis tidak menemui sebarang nota bunuh diri di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu, tempat kejadian ditutup sementara untuk siasatan forensik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sehubungan itu, portal tersebut menggesa mana-mana individu yang ingin meminta bantuan psikososial boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di talian 03-79568145, atau menghantar email di alamat sam@befrienders.org.my.

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga menyediakan talian hotline untuk petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian hotline dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang di talian 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.

Post a comment

0 Comments