Anak yatim, asnaf hasilkan pelindung muka


PENGHUNI
Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Bangi mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka untuk golongan petugas barisan hadapan

Sukarelawa di rumah rumah kebajikan itu, Afiq Manaf dipetik laporan BH berkata, Ilham menghasilkan pelindung muka itu didakwa tercetus selepas mendapat permintaan daripada Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia  (IMARET) dan ia digerakkan melalui Projek Pelangi.

“Projek Pelangi adalah kempen pendanaan awam bagi membantu mereka yang memerlukan seperti bantuan bekalan makanan, pakaian raya, pakaian sekolah dan bantuan perubatan.

“Minggu lalu, mereka (IMARET) menempah 2,000 unit dan kemudian 10,000 unit. Hari ini, kami mampu menyiapkan semua dan menyerahkan baki 4,000 unit kepada mereka.

“Kira-kira 50 penghuni rumah ini terbabit dalam menghasilkan pelindung muka berkenaan. Kapasiti pengeluaran projek ini melonjak kepada 3,000 unit sehari," katanya menurut laporan itu.

Sebagai rekod, rumah Pengasih Warga Prihatin adalah rumah anak yatim dan golongan asnaf yang beroperasi sejak hampir 15 tahun lalu , ia melindungi dan membiayai kehidupan kira-kira 100 anak yatim dan asnaf yang memerlukan tempat bernaung untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu tambah Afiq, selain dapat mengisi masa lapang penghuni, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan serta pengilangan.

“Projek Pelangi ini menyasarkan penghasilan 100,000 unit pelindung muka. Kini kami berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit.

“Sumbangan orang awam mampu menggandakan lagi pengeluaran bagi memenuhi keperluan petugas kesihatan yang semakin mendesak,” katanya.

Sehingga kini difahamkan, rumah kebajikan itu turut dihubungi Kerajaan Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang memerlukan alat pelindung muka tambahan untuk dibekalkan kepada petugas barisan hadapan.

Justeru itu kata Afiq, pihaknya bersedia meningkatkan penghasilan pelindung muka jika terdapat permintaan daripada penderma yang mahu membekalkannya ke hospital seluruh negara.

Mereka yang mahu menyumbang projek berkenaan boleh melayari laman sesawang: www.projekpelangi.com.

"Dana dan sumbangan diperoleh menerusi penghasilan pelindung muka itu dapat digunakan untuk menampung kos rumah kebajikan," kata laporan berkenaan lagi.

Post a comment

0 Comments