Anwar cadang bantuan ringan beban rakyat


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang sekiranya keputusan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang daripada Akaun 2 akan hanya memberi kesan kepada ekonomi golongan B40 di negara ini.

Bercakap dalam satu sidang media di laman Facebooknya, Anwar berkata, pentadbiran Muhyiddin Yassin sewajarnya meringankan beban golongan pekerja dengan memberikan bantuan sekurang-kurangya  RM250 sebulan kepada semua rakyat Malaysia berbanding melepaskan beban kepada pencarum. 

Justeru, Anwar mengesa agar keputusan itu dikaji semula.

“Saya prihatin dengan isu berikan ruang kepada pekerja keluarkan caruman dari KWSP. Ini simpanan untuk masa depan mereka.

"Kerajaan kena pertimbangkan semula, jangan beban hanya pada mereka,  sepatutnya paling tidak kerajaan bagi sumbangan sebahagian kepada semua, kalau kata lah RM250 kalau mereka perlu tambahan keluarkan RM250 saja (dari KWSP).

“Kerajaan harus fikirkan untuk belanja dari rizab negara. Ini keadaan kritikal sekarang,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Anwar menegaskan bahawa bantuan RM250 itu boleh disalurkan daripada rizab negara atau pun hasil lain seperti keuntungan Petronas.

Sekurang-kurangnya tegas Anwar ia dapat meringankan beban golongan yang tidak mencarum kepada KWSP.

"Ini adalah keperluan yang harus diberikan pertimbangan segera, hari ini atau esok kerana penjaja atau nelayan, kalau mereka tak kerja tiga ke empat hari mereka tiada simpanan yang panjang.

“[…] guna rizab yang besar yang ada sama ada dalam kerajaan atau Petronas untuk selamatkan rakyat sekarang,” katanya lagi.

Muhyiddin pada siang tadi mengumumkan inisiatif pengeluaran akaun KWSP menerusi i-Lestari yang tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

Bagaimanapun ia dikritik kerana ia dilihat menggunakan wang pencarum sendiri bagi berdepan pedemik koronavirus (Covid-19).


Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), J Solomon menganggap keputusan itu seperti 'merompak' daripada simpanan seseorang, yang menurutnya kegagalan kerajaan untuk melindungi rakyatnya.
 

Post a comment

0 Comments