Anwar dakwa ada usaha cuba beli MP


BEBERAPA pemimpin kerajaan dalam pentadbiran Muhyiddin Yasin kini didakwa cuba'memikat' Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dakwa Anwar Ibrahim

Bercakap dalam wawancara bersama CNBC hari ini, Presiden KEADILAN itu melahirkan rasa kesal kerana cubaan khianat itu terus dijalankan ketika pemimpin tersebut sewajarnya menumpukan usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Antara pemimpin yang giat menjalankan usaha itu dedah Anwar ialah Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

"Kami ada para pemimpin, menteri-menteri, termasuk menteri dalam negeri yang sepatutnya menumpukan kepada isu virus dan keselamatan negara tetapi cuba menarik (sokongan) orang, menghubungi para MP daripada parti kami dan memujuk mereka, menjanjikan bermacam imbuhan untuk menyertai mereka," katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Tambah Anwar, usaha berterusan untuk memikat Ahli Parlimen KEADILAN itu menjadi bukti gabungan politik PN rapuh.

Ketika ditanya wartawan penyiaran CNBC sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) masih mahu meneruskan cadangan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan jika gabungan tersebut mempunyai bilangan MP yang cukup untuk menyokong usul berkenaan di parlimen.

Anwar menjawab walaupun kini beliau menumpukan terhadap kebajikan orang ramai, virus dan keselamatan negara namun tetap optimis mengenai usul undi tidak percaya PM itu.

Bagaimanapun, katanya lagi usul undi tidak percaya tersebut bergantung kepada situasi semasa negara dan HARAPAN kini tegasnya menyokong usaha menangani wabak Covid-19.

Post a comment

0 Comments