Berapa jumlah sebenar penyokong Muhyiddin? - Mukhriz


JUMLAH sebenar ahli parlimen yang menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan terus menjadi pertikaiaan.

Semalam, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan jumlah 36 ahli Parlimen Bersatu  yang didakwa menyokong Muhyiddin.

Menurut Mukhriz, terdapat enam ahli Parlimen itu jelasnya secara konsisten menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan Muhyiddin.

"Bagaimana diakui 36 Ahli Parlimen Bersatu menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika ada enam orang yang menyokong Dr Mahathir," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, enam individu yang tidak menyokong Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ir Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith dan Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir.

Dalam perkongsian sama, Mukhriz juga turut mempersoal sama ada wujud pembohongan dalam pencalonan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Post a comment

0 Comments