Covid-19: Angka kematian keseluruhan lepasi 40 orang


KES
  kematian berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) bertambah 6 mangsa hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia seramai 43 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini memaklumkan bahawa enam kematian baru itu melibatkan lima warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia.

Hampir kesemua yang menjadi korban berkenaan jelasnya mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Dr Noor Hisham juga mendedahkan bahawa statistik menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif Covid-19 berbanding kumpulan umur yang lain.

Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan 140 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang dijangkiti wabak itu dinegara ini sehingga kini seramai 2,766.

Manakala jelasnya, seramai 94 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambahnya.

Post a comment

0 Comments