Covid-19: Lebih 500 ribu dijangkiti, US nombor 1 dunia


JUMLAH
individu yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia telah melebihi 500,000 orang setakat semalam.

Berbanding 466,955 kes pada Rabu, jumlah itu kini meningkat kepada 526,044 pada Khamis.

Manakala negara kuasa dunia, Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan jumlah pesakit teramai positif Covid-19 mengatasi China dan Itali.

AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes dengan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404. New York, Washington dan California merupakan bandar yang ketika ini paling terjejas teruk.

Angka kematian di negara itu juga telah melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes sehingga semalam.

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes.

China yang dianggap sebagai di mana jangkitan itu bermula setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.

Virus tersebut telah menular di 175 negara, sebanyak 23,709 kematian akibat wabak itu telah direkodkan di seluruh dunia. 122,066 kes telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Post a comment

0 Comments