Covid-19: M'sia catat kematian tertinggi hari ini.


MALAYSIA mencatatkan bilangan kematian tertinggi dalam sehari apabila tujuh pesakit meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19), dalam tempoh 24 jam terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 34 orang.

Tujuh kematian itu membabitkan pesakit berusia antara 91 tahun dan termuda  berusia 27 tahun dan kebanyakkannya memiliki latar belakang penyakit. Kadar kematian meningkat kerana faktor usia pesakit yang sudah lanjut, mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, dan datang mendapatkan rawatan ketika jangkitan sudah di peringkat akhir, iaitu dengan gejala melibatkan kesukaran bernafas dan jangkitan kuman.

Berikut merupakan maklumat berkaitan tujuh mangsa tersebut:

Pesakit 2321 (kematian ke-28)
Perempuan warga Malaysia berusia 91 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 26 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.48 pagi, 28 Mac.

Pesakit 2123 (kematian ke-29)
Perempuan warga Malaysia berusia 64 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja'far Negeri Sembilan pada 25 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 malam, 28 Mac.

Pesakit 2322 (kematian ke-30)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

Pesakit 2323 (kematian ke-31)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

Pesakit 1239 (kematian ke-32)
Lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1249 (kematian ke-33)

Lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.

Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 11.25 malam, 28 Mac.

Pesakit 787 (kematian ke-34)

Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 10.40 pagi, 29 Mac.

Sementara itu tambah Noor Hisham, sebanyak 150 kes baru direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,470.

Daripada 150 kes baru, sekitar 61 kes mempunyai kaitan dengan himpunan di Masjid Seri Petaling.

Noor Hisham turut memaklumkan seramai 68 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 388 kes.

"Sehingga kini, 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 52 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya

 

Post a comment

0 Comments