Doktor pakar bidas mitos disebarkan menteri


PETUA diberikan Menteri Kesihatan dibawah pentadbiran Muhyiddin Yasin yang menggalakan orang ramai minum air panas bagi mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19) dikritik seorang pakar bedah terkenal.

Dr Amalina Bakri melalui ciapan di twitternya berkata, tiada bukti petua minum air panas seperti dinyatakan Ahli Parlimen Tenggara daripada UUMNO itu boleh mencegah Covid-19 dan ia dianggap sebagai mitos.

"Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini. Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di stesen televisyen nasional, tips ini adalah mitos.

"Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk serta bersin, duduk rumah dan amalkan penjarakkan sosial pada kadar satu meter," kata Dr Amalina.

Ketika wawancara di saluran televisyen RTM TV1 semalam, Adham menasihakan minum air suam sebagai petua bagi menghalang jangkitan Covid-19.

"Virus ini tak suka panas. Jangan (air) panas sangat lah.

"Virus ini akan dinyahkan, disingkir, dan di perut. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.

"Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah," katanya sambil minum air.

Bagi menjelaskan kekeliruan itu, Amalina melalui ciapanya membalas, kepanasan kira-kira 60 darjah Celcius boleh menyahaktifkan virus di luar badan.

Namun tegasnya, aapi bila virus sudah di dalam badan tindakan minum air panas tidak akan melemahkan virus tersebut.

Malah jelasnya, tiada bukti asid di dalam perut kamu boleh membunuh virus seperti dakwaan Adham.

"Minum air bagus mengekalkan kamu senantiasa hidrat, tetapi ia tidak akan menyebabkan virus itu tidak aktif dengan apa jua sekalipun," katanya

Sebagai rekod,  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menolak mitos yang sama pada 26 Februari lalu.

Post a comment

0 Comments