Dorna Sport tangguh MotoGP Spanyol


PEMEGANG
eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP, Dorna Sport mengumumkan penagguhan Perlumbaan MotoGP di Sepanyol yang dijadualkan berlangung pada 3 Mei ini.

Menurut kenyataan Dorna, keputusan itu dibuat susulan pandemik global virus koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda.

Keputusan menangguhkan perlumbaan di Litar Jerez-Angel Nieto itu dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Dalam kenyataan berasingan, Dorna turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (perlumbaan motosikal elektrik) yang sepatutnya dilangsungkan di litar sama juga ditunda.

Ujian kedua pramusim MotoE, yang dijadual di litar berkenaan dari 8 hingga 10 April ini juga dibatalkan.

"Memandangkan keadaan semasa sentiasa berubah, satu tarikh baharu bagi GP Sepanyol tidak dapat disahkan sehingga keadaan menjadi lebih jelas untuk mengadakan acara itu.

"Kalendar musim 2020 yang disemak semula akan dimaklumkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Post a comment

0 Comments