HARAPAN kritik cadangan naikkan harga topeng muka


MAJLIS
Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) kesal atas cadangan pentadbiran Muhyiddin untuk menaikkan harga pasaran  penutup hidung dan mulut 3 lapis (3 ply face mask).

Melalui satu kenyataan, Majlis itu menyifatkan cadangan menaikkan harga jualan sebanyak 150% iaitu daripada 80 sen ke Rm 2 sekeping sebagai mendadak dan keterlalun.

Tambah mereka, keputusan tersebut tidak memberi penyelesaiaan terhadap isu sebenar sekarang.

“Ia tidak membantu meredakan keadaan kerana isu utama adalah bekalan tidak mencukupi,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan  sebelum ini berkata bahawa kerajaan bercadang menyekat eksport topeng itu berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Perkembangan ini menyebabkan harga jualan topeng berubah.

Sementara itu, Majlis tersebut menggesa kerajaan memuktamadkan keputusan bersama pemain industri dalam usaha meningkatkan pengeluaran topeng bereknaan.

Melalui perbincangan lalu (kerajaan HARAPAN), mereka yakin ada 4 perkara perlu dilaksana segera bagi mengatasi masalah itu.

“Langkah pertama adalah kerajaan perlu membantu industri mengatasi masalah pekerja yang tidak mencukupi, selain mempercepat proses meluluskan penambahan syif operasi dari 2 kepada 3 syif sehari.

Kerajaan juga perlu memberi pengecualian atau pelepasan cukai tertentu, seperti tertakluk di bawah Akta Kastam 1967.

Industri juga perlu dimudahkan dalam memperoleh bahan mentah bagi meningkatkan pengeluaran topeng.

Mereka turut mengesa pentadbiran Muhyiddin mengadakan perbincangan dengan kerajaan China yang merupakan pengeluar topeng muka terbesar.

Ia tegas mereka bagi membolehkan syarikat di Malaysia mengimport topeng dari negara itu berikutan wabak Covid-19 semakin reda di China.

Post a comment

0 Comments