Ingkar arahan, Itali negara tertinggi kes kematian


JUMLAH kematian akibat koronavirus dilaporkan di Itali kini meningkat kepada 3,405 orang.

Pada Khamis sahaja menurut Associated Press (AP) jumlah kematian dilaporkan adalah sebanyak 427 orang.

Dengan jumlah kematian direkodkan itu, Itali kni menjadi negara paling ramai mencatatkan korban mengatasi China yang setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Angka jangkitan di Itali pula meningkat kepada 41,035 selepas 5,322 kes baru dicatatkan.

Sementara itu, satu pasukan Palang Merah Cina yang terbang ke Itali untuk membantu, sebelum ini telah mengkritik kegagalan orang Itali menjalani kuarantin sepenuhnya di rumah.

Mereka dikatakan tidak mengambil serius arahan 'darurat negara' yang dikeluarkan.

Post a comment

0 Comments