Iran kedua tertinggi catat kematian akibat Covid-19


IRAN menjadi negara mencatatkan angka kematian berkaitan koronavirus tertinggi di luar China.

Sehingga kini, bilangan kematian di negara itu mencecah 43 individu dengan jumlah jangkitan mencapai 593 kes.

Jurucakap kementerian kesihatan, Kianush Jahanpur berkata, dalam tempoh 24 jam, sembilan individu dilaporkan maut.

“Jumlah kematian kini mencecah 43 individu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Iran adalah 593,” katanya.

Susulan penularan membimbangkan itu, semua sekolah diarahkan tutup sehingga Selasa. Acara sukan dan konsert sepanjang minggu ini ini juga dibatalkan.

Pentadbiran di negara yang majoriti rakyatnya berfahaman Syiah itu juga dilihat membimbangkan apabila beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk timbalan menteri dan ahli parlimen turut disahkan positif virus berkenaan.

Post a comment

0 Comments