Jalan utama di Petaling Jaya ditutup


PIHAK
berkuasa polis Petaling Jaya dilapor telah mengambil langkah menutup beberapa jalan utama ke daerah itu.

Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Difahamkan, beberapa jalan utama Jalan Persiaran Mahogani Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8, dan Jalan Persiaran Sg. Buloh, yang terletak di sekitar kawasan Kota Damansara telah ditutup sejak jam 8 pagi tadi.

Jalan Gasing yang bersempadan dengan Kuala Lumpur juga ditutup. Sekatan dilakukan dipercayai akan berkuatkuasa sehingga berakhirnya PKP pada 14 April.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menyenaraikan daerah Petaling Jaya sebagai kawasan Zon Merah susulan angka kes positif wabak itu yang tinggi.

Penduduk yang tinggal di Kota Damansara dan Jalan Gasing bagaimanapun hanya dibenarkan masuk ke kawasan masing-masing untuk membeli barangan penting.

Sebelum ini, dua penempatan di Simpang Renggam, Johor turut dikuarantin susulan mencatatkan kes positif wabak koronavirus yang tinggi.
 

Post a comment

0 Comments