Jumlah kematian meningkat 26, 130 kes baharu dikesan


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 3 kematian membabitkan wabak koronavirus (Covid-19) hari ini, termasuk 1 kematian individu berusia 35 tahun semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sebanyak 130 kes positif dilaporkan pada Jumaa menjadikan jumlah keseluruhan kes positif direkodkan di negara ini kepada 2,161 kes.

“Sehingga kini terdapat pertambahan kematian berkaitan kes Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 26 kes kematian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu tambah Noor Hisham, 44 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, ia menjadikan kes yang pulih adalah sebanyak 259 kes.

“Sehingga kini seramai 54 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu 34 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.

Kes kematian ke-25 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik yang sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 25 Mac 2020.

Satu lagi kematian membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun yang merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 kes 1,309, mangsa merupakan kes kematian ke-26.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 35 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam.

Mangsa merupakan kes jangkitan ke-1056, mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020.

Post a comment

0 Comments