KKM cari punca petugas Istana positif koronavirus

 
TUJUH
petugas Istana Negara disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak selasa dan berada dalam keadaan stabil.

Tambah Ahmad Fadil, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19.

Seri Paduka Baginda dan Permaisuri juga telah disahkan negatif dari wabak itu.

“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan bagi tujuh kakitangan tersebut.

Ahmad Fadil berkata Istana Negara dengan kerjasama KKM khususnya Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Kesihatan Kepong melaksanakan kaedah terperinci mengenal pasti kontak rapat dan kakitangan bertugas di Istana Negara bersama tujuh kakitangan berkenaan.

“Semua kontak rapat dan kakitangan berkenaan diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19 untuk memastikan penularan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara selain diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari mulai semalam,” tambahnya lagi.

Post a comment

0 Comments