KTMB gantung sementara perkhidmatan tren


PERKHIDMATAN perkhidmatan tren antara bandar dan negeri dikendali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dihentikan sementara.

Langkah itu diputuskan susulan perkembangan terkini wabak koronavirus (Covid-19) yang telah menjangkiti lebih 2,000 orang di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal memaklumkan pemberhentian perkhidmatan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 24 Mac sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar masih akan dijalankan seperti biasa.

"Hanya perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar sahaja yang akan beroperasi seperti biasa berbanding lapan kesemuanya sebelum ini," katanya.

Tambahnya operasi KTM juga akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan Utara.

Turut terjejas perkhidmatan tren Skypark Link di antara stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan empat kitaran berbanding lapan sebelum ini.

Para penumpang yang sudah membuat tempahan boleh meminda tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my

KTMB juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat semasa operasi tren menerusi laman sesawang atau boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-2267 1200.

Post a comment

0 Comments