Kumpulan tabligh ditahan di Sabah jalani kuarantin


SEKUMPULAN 12 anggota tabligh yang kembali dari satu acara yang dibatalkan di Indonesia ditahan pasukan keselamatan di Sabah.

Mereka dilaporkan cuba memasuki perairan Sabah di luar pesisir Tawau dengan menggunakan sebuah bot, tetapi bertembung dengan pasukan rondaan bersama polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan bersenjata kira-kira jam 3.20 petang.

Pihak berkuasa sebelumnya dimaklumkan tentang perjalanan pulang kumpulan itu pada sebelah pagi selepas mereka sampai dari Sulawesi di Sungai Pancang di Pulau Sebatik, Indonesia.

Kerajaan negeri Sabah baru-baru ini membuat pengumuman tidak membenarkan mana-mana individu yang pulang dari Sulawesi dari memasuki negeri itu.

Ia susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Tawau Peter Ambuas mengesahkan penahanan 12 anggota tabligh tersebut.

Mereka turut dilapor dibawa ke Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Tawau sebelum diserahkan kepada kakitangan Majlis Keselamatan Negara.

Semua individu tersebut kini dikuarantin di kampus Institut Pendidikan Guru Tawau.
 

Post a comment

0 Comments