Lagi penumpang bas digesa hubungi Pejabat Kesihatan



PENUMPANG
  bas ekspress Jasmine yang menaiki bas tersebut dari Seremban ke Sungai Petani pada 16 Mac lalu digesa menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.

Dalam hantaran Facebook hari ini, pejabat kesihatan daerah itu berkata bas dengan nombor pendaftaran PLQ9689 itu bertolak dari Seremban jam 8.30 malam, iaitu malam yang sama perintah kawalan pergerakan diumumkan tetapi masih belum berkuat kuasa.

Walaupun tiada alasan diberikan, pejabat itu yang dipetik laporan Malaysiakini berkata ia berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, bas tersebut berhenti di Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim dan Butterworth, sebelum akhirnya tiba di Sungai Petani.

"Mohon semua penumpang yang menaiki bas ini untuk terus hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.

"Kerjasama anda amat kami hargai," kata kenyataan itu.

Kes serupa pernah dilaporkan sebelum ini melibatkan sebuah bas ekspress dari Johor Baharu ke Kuantan dimana seorang penumpang yang disahkan positif Covid-19 menaiki bas berkenaan dan melanggar peraturan kuarantin

Bagaimanapun difahamkan, semua penumpang bas berkenaan telah memberi kerjasama dengan menghubungi  Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Post a comment

0 Comments