Mangsa wabak naik ETS 9173 pada 7 Mac lalu


SEMUA penumpang tren elektrik (ETS) No 9173 dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral digesa membuat saringan koronavirus (Covid-19) di hospital berdekatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kamarulzaman Zainal mereka mendapat laporan bahawa seorang  mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut pada 7 Mac lepas.

“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamarulzaman berkata pihaknya telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain, bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.


BACA: KTMB gantung sementara perkhidmatan tren

Manakala semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan.

Sementara itu jelasnya, KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya. Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi sebarang perkembangan terkini berkenaan penularan wabak itu sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Post a comment

0 Comments