Pakej Kak Kiah: Muhyiddin digesa panggil sidang tergempar


MUHYIDDIN Yassin digesa memanggil sidang tergempar parlimen bagi membahaskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkannya pada Jumaat lalu.

Gesaan itu dibuat sekumpulan 50 ahli akademik, budayawan dan aktivis termasuk anak kepada  bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Mohamed Tawfik Bin Tun Dr. Ismail, sarjana Terence Gomez, Sharifah Munirah Alatas, Wong Chin Huat dan Zaharom Nain serta bekas duta Dennis Ignatius and M Santhananaban.

Memetik laporan Malaysiakini,  mereka menegaskan bahawa pentadbiran Muhyiddin perlu mendapatkan mandat yang sewajarnya sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

"Pentadbiran Muhyiddin mesti mendapatkan mandat yang betul daripada semua ahli parlimen dalam cara yang tidak berpihak kepada parti politik supaya pakej rangsangan itu diluluskan.

"Prosedur sedemikian telah diikuti oleh kerajaan yang dipilih secara sah di seluruh dunia," kata kumpulan itu sambil menggesa supaya sidang tergempar parlimen dipanggil pada kadar segera.

Tambah mereka, Perincian pakej rangsangan mesti dibahaskan dan dipinda sepenuhnya demi faedah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira darjat , etnik dan latar belakang sosial.

"Kami amat prihatin mengenai ketelusan sumber dana dan kaedah penyampaian awam, serta aksesnya kepada rakyat yang paling memerlukan.

"Kami yakin bahawa anggota parlimen kami akan bangkit melangkaui kepentingan parti untuk merangka dan meluluskan pakej rangsangan yang betul.

"Inilah satu-satunya cara kerajaan sekarang boleh membuktikan dirinya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia," kata kumpulan itu.

Antara lain yang menyertai kumpulan tersebut ialah : Johan Saravanamuttu, Dr Lim Teck Ghee, KJ John, Johan Arriffin Samad, Dr Maznah Mohamad, Dr Mary Suma Cardosa, Sarajun Honda, Dr Subramaniam Pillay, Anil Netto, Dr Wong Soak Koon, Dr Ng Choon Sim, Rosli Omar, Rajah Rasiah, Adil Johan, UKM, Tan Beng Hui, Dr Francis Loh, Dr Lee Hock Guan, Dr Beth Baikan, Dr Lim Mah Hui, Tan Yew Sing, David Dass, ES Shanker, Kee Thuan Chye, Amir Nordin, Dr Kenneth James, Dr Intan Osman, Mariam Mokhtar, Dr Rosa Mariam Johan, Dr Khoo Hoon Eng, Dr Goh Beng Lan, Professor Sharmani Gabriel, Ann Lee, Dr Benjamin Loh, Dr Azmil Tayeb, Steven BE Fung, Syed Ahmad Aidid, Kuok Khoon Peng, Lu Kim Phin, Dr Prema Devaraj, Beverly Joeman dan Dr Latif Kamaluddin.

Gesaan serupa dari Anwar


Terdahulu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat tuntutan serupa.

Tegasnya, belanjawan tambahan yang perlu untuk mendanai pakej rangsangan ekonomi bagi mendepani wabak Covid-19 itu perlu dibahasakan.

"Kita sokong perkara yang baik. Ada rencana baik yang disebut dalam ucapan semalam.

"Saya sokong, tetapi kita harus bahaskan kerana semua anggota Parlimen bertanggungjawab dalam memberikan satu kebijakan ekonomi untuk masa depan kita," katanya.

Anwar juga memberi peringatan terhadap kemungkinan "pelaksanaan kucar-kacir" pakej rangsangan tersebut.

"Bilion ringgit akan tercicir jika tidak ikut proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Sebab itu saya anggap perbahasan di Parlimen masih sangat mendesak dan patut disegerakan," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments