Pasangan warga emas maut kemalangan ngeri

 

PASANGAN
warga emas maut dalam kemalangan ngeri di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 35 Jalan Johor-Pontian pagi semalam.

Dalam kemalangan tersebut, mangsa, Goo Yen See, 69, yang menunggang motosikal Honda Wave tercampak ke dalam longkang manakala isterinya, Soh Choon An 67 diseret kenderaaan jenis Honda Accord sehingga merempuh pula sebuah pondok bas berdekatan.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Samad Kijan berkata, kedua-dua warga emas itu maut ditempat kejadian susulan kecederaan parah dialami mereka.

Sepasukan anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pontian Baru dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

"Setibanya di tempat kejadian Pegawai Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

"Kedua-dua mayat dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis," katanya dipetik.

Tambah Samad, Pemandu kereta dikenali sebagai Mohd Nazirul Nizar Arbaen, 27, mengalami cedera ringan dan diselamatkan orang awam.

Post a comment

0 Comments