Pemimpin HARAPAN dijangka berkumpul pagi ini


SEMUA Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohammad dijangka akan berkumpul di bangunan Yayasan Al Bukhary jam 9 pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi sebaik berakhirnya mesuarat tergempar Majlis Presiden HARAPAN di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, pertemuan itu akan berlangsung secara aman dan hanya bertujuan menunjukkan sokongan diterima calon perdana menteri dinamakan oleh gabungan itu.

"Kita akan adakan secara aman, kita tak nak berlakunya rusuhan.

"Kita hanya nak beritahu bahawa angka yang diberikan itu tidak betul. Setakat malam ini kita ada 114 sokongan.

"Yang dah tandatangan 111, yang telah memberi akuan janji 114," katanya.

Sementara itu, Salahuddin ketika ditanya mengenai majlis istiadat angkat sumpah perdana menteri kelapan yang dijadualkan akan diadakan di Istana Negara memberi penjelasan bahawa HARAPAN tidak akan menghalang kelangsungan majlis tersebut.

"Itu tak apa, kita tidak akan halang," katanya.

Difahamkan, sekalipun Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri, namun berlaku kemungkinan pelantikan itu akan dicabar melalui undi tidak percaya.
 

Post a comment

0 Comments