Penumpang QR866 ke Pulau Pinang digesa buat saringan


PENUMPANG penerbangan jarak jauh dari Doha ke Pulau Pinang pada Khamis minggu lalu diminta melaporkan diri kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang segera.

Pihak berkuasa kesihatan mengarahkan kesemua penumpang penerbangan itu menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19).

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dalam nota “Amaran Covid-19” di Facebook malam tadi berkata, penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways yang tiba pada pukul 2 petang 19 Mac lepas diminta menghubungi talian 04-281-8900 serta-merta.

Sebagai rekod , hingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang.

Di seluruh negara, 2,320 kes positif virus itu dicatatkan dengan angka kematian mencecah 27 semalam.

Post a comment

0 Comments