Penumpang sebuah bas JB- Kuantan diminta buat saringan


SEORANG penumpang sebuah bas ekspres dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan seperti dilapor portal FMT.

Memetik laporan itu, penumpang berkenaan menaiki sebuah bas ekspres Plusliner dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 4 petang 16 Mac lalu.

Penumpang itu yang dijangkiti virus berkenaan melakukan ujian saringan di Johor Bahru dan diarahkan menjalani kuarantin.

Ketika keputusan ujian saringan itu kemudiannya didapati individu itu positif Covid-19, dia dilaporkan sudah menaiki bas ke Kuantanber sama penumpang lain.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menggesa semua penumpang bas terbabit segera menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
 

Post a comment

0 Comments