Perlumbaan F1 dijangka akan dibawa ke Januari depan


PERLUMBAAN Formula Satu (F1) musim ini yang terpaksa ditangguhkan susulan penularan koronavirus (Covid-19) akan dibawa ke Januari tahun hadapan.

Jangkaan itu dibuat Ketua pasukan Ferrari, Mattio Binotto sebagai mengulas kesan terhadap penganjuran acara sukan itu yang terpaksa ditunda atau dibatalkan susulan pendemik yang melanda dunia ketika ini.

"Kami memutuskan untuk memberi kebebasan kepada FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) untuk menentukan mengenai penjadualan semula perlumbaan musim ini.

"Kami sedang melihat beberapa pilihan yang ada. Jika kamu membuat keputusan yang tepat berhubung penjadualan semula, tidak mustahil dua atau tiga perlumbaan boleh diadakan pada Januari," katanya dipetik laporan AFP.

Terdahulu, bos F1, Chase Carey memaklumkan saingan musim ini berkemungkinan dikurangkan antara 15 hingga 18 perlumbaan.

Sebelum itu, saingan pembuka tirai di  Grand Prix (GP) Australia dibatalkan termasuk di Monaco.

Saingan perlumbaan F1 turut menyaksikan Bahrain, Vietnam, China, Belanda, Sepanyol dan Azerbaijan sudah pun ditunda. Saingan musim 2020 dijangka hanya bermula di Kanada pada 14 Jun depan.
 

Post a comment

0 Comments