Polis tahan remaja berpesta ketika PKP


BERITA
kematian individu dijangkiti wabak koronavirus yang dilapor setiap hari tidak sedikitpun memberi keinsafan buat sesetengah remaja.

Terbaharu, tiga puluh individu yang ingkar kepada arahan Perintah Kawalan pergerakan ditahan dalam satu ‘private party’ di Johor Baharu semalam.

Memetik laporan BH, kesemua mereka ditahan dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri R&F Princess Cove, Jalan Tanjung Puteri

Lebih mengejutkan, ‘private party’ itu dihadiri remaja perempuan berusia seawal 15 tahun sehingga 26 tahun.

Lebih separuh daripada mereka dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan di tiga unit kediaman.

“Seramai 20 lelaki dan 10 wanita ditahan dan menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan

"10 individu didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala tujuh individu positif dadah jenis ketamine," katanya dalam kenyataan.

Menurut Shahurinain, kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Post a comment

0 Comments